APA ITU PETA MINDA?
Peta minda atau dikenali sebagai 'Mind Map' ditubuhkan oleh Tony Buzan di mana satu alat bagi membantu kita berfikir dan belajar dengan cara kaedahnya yang sangat berkesan untuk membuat nota dan sesuai menjanakan idea dalam sesuatu perkara. Peta minda ini merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas. Tajuk utama iaitu sebagai idea penting perlu diletakkan di tengah muka surat dan kemudian idea lain yang berkaitan haruslah dikembangkan dengan bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.
PROSES MEMBINA PETA MINDA
- Cari semua maklumat berkaitan sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda
- Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah
- Tulis tajuk utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah
- Pergi ke setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya (input penting)
- Ulang sehingga semua isi penting tercatat
- Masa menyiapkannya antara 10-15 minit
- Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga mengambil masa yang lama
- Sentiasa tekun dan sabar
- Dapatkan keseronokan dan kepuasan
CONTOH-CONTOH PETA MINDA
|
Peta Minda Jenis Tulang Ikan |
|
Peta Minda Jenis Cabang |
|
|
|
Peta Minda Jenis Kitaran |
|
|
|
Carta Minda Jenis Carta Alir |
|
Peta Minda Jenis Pokok |
KEBAIKAN PETA MINDA
- Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
- Tingkatkan daya ingatan
- Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik dan mudah dikembangkan
No comments:
Post a Comment