Saturday, 12 September 2015

KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA


  • Bahan nota mestilah boleh dikumpul dan disimpan  
Secara kebiasaannya, pelajar akan menggunakan kertas kajang, kad manila yang dipotong pendek iaitu sebagai nota ringkas ataupun buku untuk membuat nota. Namun, kelemahan dalam menyediakan nota sebegini adalah apabila bahan-bahan tidak dikumpul dengan sistematik menyebabkan usaha membuat nota menjadi sia-sia. Oleh itu,kumpullah nota dan gunakannya dengan sebaik yang mungkin.

  • Gunakan pen yang berbagai warna
Seperti yang kita ketahui, manusia akan tertarik dengan bahan-bahan yang berwarna-warni. Jadi, sebaiknya pelajar perlulah menggunakan 2 warna (paling minimum) apabila membuat nota. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan 'highlight' yang berwarna untuk  memberi penekanan kepada fakta penting. Kekadang, penggunaan pensel juga perlu terutamanya apabila menggunakan kaedah gambar dalam menulis nota.

  • Tulisan kemas dan cantik
Nota yang dibuat sebenarnya adalah untuk dibaca sebagai bahan ulangkaji. Sekiranya, nota ditulis dengan tulisan yang buruk, motivasi kendiri pelajar akan menjadi lemah kerana tidak berminat untuk menatap dan membaca nota yang telah dibuat sendiri. Buatlah nota dengan kemas supaya ianya seronok untuk dibaca sepanjang masa.

  • Nota mestilah padat dan ringkas
Apabila membuat nota, masukkan fakta-fakta yang penting dan berkenaan sahaja. Fakta tersebut perlulah diolah ayatnya agar menjadi pendek dan ringkas. Sekiranya nota menjadi panjang, pelajar akan mula menjadi malas untuk membacanya.


No comments:

Post a Comment