Sunday, 13 September 2015

PENYESUAIAN SOSIAL

DEFINISI PENYESUAIAN SOSIAL
Kemampuan seseorang untuk dapat menyesuaikan diri terhadap lingkungan dan mampu berinteraksi dengan lingkungan serta mampu menjadi sebahagian daripada lingkungan tersebut.

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL                                       
  • Berlaku dalam diri seseorang
  • Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang mengalami proses berkomunikasi dengan dirinya
  • Bermonolog dengan diri sendiri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat
CIRI-CIRI KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
  • Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu
  • Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intraperibadi. Keberhasilan komunikasi dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi dengan diri sendiri
  • Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.
  • Mendapatkan perhatian besar daripada kalangan psikologi behavioristik (pemerhatian tingkah laku)
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
  • Komunikasi antara individu
  • Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih
  • Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu
  • Berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja
CIRI-CIRI KEMAHIRAN INTERPERSONAL
  • Berkumpulan iaitu melibatkan dua orang atau lebih
  • Berbentuk dialog, bercirikan tolak ansur lisan (verbal) dan kebiasaannya mencelah antara satu sama lain
  • Berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila seseorang individu bertindak balas antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment