Sunday 13 September 2015

TEKNIK MEMBACA

TEKNIK PEMBACAAN CEPAT
  • Teknik Skimming (Luncuran)
  • Teknik Scanning  (Imbasan)
TEKNIK SKIMMING
  • Maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas
  • Tujuan: Maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen dan pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING
  • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan dalam bahan atau dokumen tersebut
  • Membaca dengan pergerakan mata yang  dekat
  • Fokus pada bahagian tertentu di dalam buku tersebut seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
  • Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca 
TEKNIK SCANNING
  • Kemahiran membaca yang digunakan seseorang dalam mendapatkan maklumat yang lebih mendalam
  • Tujuan: Gambaran keseluruhan, jawapan kepada sesuatu persoalan dan kenal pasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT SCANNING
  • Baca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
  • Baca kandungan setiap bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
  • Fokus kepada rajah dan grafik yang ada
PENYESUAIAN SOSIAL

DEFINISI PENYESUAIAN SOSIAL
Kemampuan seseorang untuk dapat menyesuaikan diri terhadap lingkungan dan mampu berinteraksi dengan lingkungan serta mampu menjadi sebahagian daripada lingkungan tersebut.

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL                                       
  • Berlaku dalam diri seseorang
  • Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang mengalami proses berkomunikasi dengan dirinya
  • Bermonolog dengan diri sendiri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat
CIRI-CIRI KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
  • Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu
  • Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intraperibadi. Keberhasilan komunikasi dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi dengan diri sendiri
  • Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.
  • Mendapatkan perhatian besar daripada kalangan psikologi behavioristik (pemerhatian tingkah laku)
KEMAHIRAN INTERPERSONAL
  • Komunikasi antara individu
  • Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih
  • Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu
  • Berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja
CIRI-CIRI KEMAHIRAN INTERPERSONAL
  • Berkumpulan iaitu melibatkan dua orang atau lebih
  • Berbentuk dialog, bercirikan tolak ansur lisan (verbal) dan kebiasaannya mencelah antara satu sama lain
  • Berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila seseorang individu bertindak balas antara satu sama lain

Saturday 12 September 2015

KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

DEFINISI MAKLUMAT

  • Data, bahan dan pengetahuan
  • Data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna
  • Pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling

CIRI-CIRI MAKLUMAT
  • Relevan
  • Boleh difahami
  • Boleh dipercayai
  • Tepat pada masanya
  • Membantu mengurangkan ketidakpastian

PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT

  • Mengetahui sebab mencari maklumat
  • Melalui sikap atau psikologi manusia
  • Mengetahui tentang bentuk dan sumber maklumat
  • Memerlukan teknik yang berbeza
  • Kebolehan dalam menilai maklumat

PENGURUSAN MAKLUMAT

  • Mengenal pasti
  • Klasifikasi
  • Pemeliharaan
  • Pemansuhan Maklumat

TEKNIK MENANGKIS SEBARANG FAKTA SALAH DAN PALSU

  • Membentuk sikap positif untukmengurus maklumat
  • Melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
  • Mencari mentor atau pembimbing
  • Berkonsi pengetahuan
  • Menerap pengetahuan dalam menyelesaikan masalah

KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA


  • Bahan nota mestilah boleh dikumpul dan disimpan  
Secara kebiasaannya, pelajar akan menggunakan kertas kajang, kad manila yang dipotong pendek iaitu sebagai nota ringkas ataupun buku untuk membuat nota. Namun, kelemahan dalam menyediakan nota sebegini adalah apabila bahan-bahan tidak dikumpul dengan sistematik menyebabkan usaha membuat nota menjadi sia-sia. Oleh itu,kumpullah nota dan gunakannya dengan sebaik yang mungkin.

  • Gunakan pen yang berbagai warna
Seperti yang kita ketahui, manusia akan tertarik dengan bahan-bahan yang berwarna-warni. Jadi, sebaiknya pelajar perlulah menggunakan 2 warna (paling minimum) apabila membuat nota. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan 'highlight' yang berwarna untuk  memberi penekanan kepada fakta penting. Kekadang, penggunaan pensel juga perlu terutamanya apabila menggunakan kaedah gambar dalam menulis nota.

  • Tulisan kemas dan cantik
Nota yang dibuat sebenarnya adalah untuk dibaca sebagai bahan ulangkaji. Sekiranya, nota ditulis dengan tulisan yang buruk, motivasi kendiri pelajar akan menjadi lemah kerana tidak berminat untuk menatap dan membaca nota yang telah dibuat sendiri. Buatlah nota dengan kemas supaya ianya seronok untuk dibaca sepanjang masa.

  • Nota mestilah padat dan ringkas
Apabila membuat nota, masukkan fakta-fakta yang penting dan berkenaan sahaja. Fakta tersebut perlulah diolah ayatnya agar menjadi pendek dan ringkas. Sekiranya nota menjadi panjang, pelajar akan mula menjadi malas untuk membacanya.


Sunday 30 August 2015

CARA MEMBINA PETA MINDA



APA ITU PETA MINDA?
  
Peta minda atau dikenali sebagai 'Mind Map' ditubuhkan oleh Tony Buzan di mana satu alat bagi membantu kita berfikir dan belajar dengan cara kaedahnya yang sangat berkesan untuk membuat nota dan sesuai menjanakan idea dalam sesuatu perkara. Peta minda ini merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas. Tajuk utama iaitu sebagai idea penting perlu diletakkan di tengah muka surat dan kemudian idea lain yang berkaitan haruslah dikembangkan dengan bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. 

PROSES MEMBINA PETA MINDA
  • Cari semua maklumat berkaitan sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda
  • Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah
  • Tulis tajuk utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah
  • Pergi ke setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya (input penting)
  • Ulang sehingga semua isi penting tercatat
  • Masa menyiapkannya antara 10-15 minit
  • Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga mengambil masa yang lama
  • Sentiasa tekun dan sabar
  • Dapatkan keseronokan dan kepuasan